Sekapur Sirih MBMMBI
Dasar MBMMBI iaitu “Memartabatkan Bahasa
Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris” yang akan dilaksanakan oleh
kerajaan bermula pada tahun 2011 bagi menggantikan Dasar Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil.2/2010 bertarikh 25 Januari 2010 adalah berkaitan.
Memartabatkan Bahasa Inggeris bermaksud
strategi memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar sains dan
matematik di sekolah kebangsaan dan menengah serta penambahbaikan terhadap
pendekatan pengajaran dan pembelajaran (p&p) Bahasa Malaysia. Manakala
strategi memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris melibatkan penambahbaikan
kurikulum Bahasa Inggeris serta penyediaan guru dan bahan yang mencukupi dan
berkualiti bagi melaksanakan kurikulum tersebut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan