SEJARAH SEKOLAH


Sekolah Kebangsaan Sedili Besar atau nama ringkasnya SK Sedili Besar, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Hj. Md. Lazim, Sedili Besar.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sedili Besar memiliki 94 pelajar lelaki dan 107 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 201 orang. Ia mempunyai seramai 20 orang guru.2009

Sejarah Sekolah

1918-Bangunan pertama dibina di Kg. Bukit. Di buka oleh penghulu Md Akil B. Abdul Kahar, Tuan Imam Abdul Manaf dan Tuan Syed Mohammad bin Husin. Mempunyai 12 orang murid dan mendapat pemiayaan dari penduduk kampung dengan kutipan RM 3 sebulan untuk membiayai gaji guru. Tenaga pengajarialah Tuan Syed Mohamad b. Husin.

Bangunan kedua dibina di Kg. Tengah dengan bilangan murid seramai 25 orang. Tenaga pengajarnya ialah Cikgu Md Yusuf b. Abdullah dari Tenglu, Mersing.

1922-Bangunan ketiga dibina di tapak yang telah sedia ada dengan beratapkan nipah dan berdinding papan. Tenaga pengajarnya, Cikgu Yaakub b. Omar.

1925-Sekolah Kerajaan (JKR 189) dibina beserta dengan rumah guru. Bilangan murid seramai 37 orang dengan tenaga pengajarnya, Cikgu Mohamad.

1955-Bangunan sekolah dengan 3 bilik darjah dibina selepas perang dunia kedua dan tamat pemerintahan Jepun di Tanah Melayu .

1969-Kerajaan sekolah moden mengandungi dua bilik darjah dan pejabat didirikan bagi menampung bilangan murid yang semakin bertambah.

1984-Kerjaan telah mendirikan 2 blok bangunan serba lengkap untuk kemudahan pembelajaran. Semasa dalam pembinaan, murid menumpang belajar di SRJK(C) Yu Hwa. Bangunan sekolah siap dibina pada tahun 1986 dan kekal sehingga kini.

1999-Mendapat peruntukan Rancangan MAlaysia ke-7, sebuah bangunan 4 tingkat didirikan dengan kemudahan serba moden.

2000-Majlis penyerahan bangunan diadakan pada 24 Mei 2000 dan dirasmikan penggunaannya pada 5 Jun 2000 bersamaan 2 Rabiul Awal 1421 H.

2009-Mendapat peruntukan Rancangan Malaysia ke -9, menaik taraf pejabat, rumah guru serta mengecat bangunan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan